Friday, December 24, 2010

KERANA DUIT...WANG....

kalau duit banyak... orang boleh sayang pada kita...
kalau duit banyak... tak sedara pun..mengaku sedara
kalau duit banyak....kawan2 ramai keliling pinggang
kalau duit banyak... asik orang cari kite je.. nak pinjam duit.
kalau duit banyak...orang lelaki sibuk fikir nak berpoligami
kalau duit banyak..orang tak marah kita..sbb tak menyusahkan dorang

kalau tak ada duit... orang tak pandang pun kita
kalau tak ada duit... cinta boleh jadi dusta
kalau tak ada duit..abang sayang pun boleh melayang
kalau tak ada duit...tak de sape nak kawin dengan awak cik abang.
kalau tak ada duit.. sedara pun boleh jadi orang asing

apa pun... duit sangat penting dalam hidup kita..... aku perlukan duit...duit.. kerana duit aku boleh beli segalanya untuk keselasaan hidup. Ingat... kerana duit orang akan 'jatuh'.  Kerana duit, manusia menipu dan tertipu. Kerana duit juga manusia hilang akal dan pertimbangan untuk berfikir.

Oleh itu carilah duit dari sumber yang halal, dan gunakan rezeki itu ke jalan Allah....semoga kita diberkati selamanya. Amin








Wednesday, December 22, 2010

DATING ERATKAN HUBUNGAN

SUDAH berapa lama anda dan pasangan tidak meluangkan masa berdua-duaan pada hujung minggu? Kenapa sebelum kahwin kita berusaha untuk bersiar-siar bersama-sama tetapi selepas kahwin memberikan pelbagai alasan?

Jadi, apa salahnya pada hujung minggu, anda dan pasangan keluar berdua-duaan.
Selain menyeimbangkan masa mahupun mengembalikan nostalgia masa lalu, keluar dating dengan pasangan dapat memberikan ruang dan masa berbual bersama, menyelami hati masing-masing dan memberikan sedikit rasa kemesraan.

Tidak semestinya keluar dating ini memerlukan duit poket banyak, memadailah dengan mengunjungi tempat yang berpatutan dengan bajet anda.
Tapi sebelum keluar pastikan anak-anak diurus dengan sebaiknya atau mendapatkan penjaga untuk mereka. 

Aktiviti ketika berdating
- Makan bersama
Tidak kisahlah anda hendak makan waktu apa, sarapan, tengah hari, petang mahupun malam.  Kalau makan malam pastinya ia makan di bawah sinaran cahaya , romantiknya.

- Bermain boling atau ke taman bunga
Bagi yang tidak pandai bermain boling, saat inilah pasangannya boleh memberi tunjuk ajar. Cubalah, pastinya pegangan-pegangan sayang daripada pasangan anda itu menjadi.
- Ambil gambar kenangan

Sediakan kamera untuk merakam gambar kenangan anda berdua. Gambar ini akan meninggalkan kenangan dengan pasangan ketika bersama.

- Menonton wayang


Juga satu kelebihan bagi mereka yang inginkan perhubungan yang hangat. Mungkin boleh menonton cerita yang agak romantik. Bukan cerita itu yang penting tetapi saat bersama itu yang mustahak.

Panduan ketika berdating

- Tampil dengan perubahan
Biarpun tidak memerlukan pakaian yang mahal dan terdedah, penampilan tidak perlu terlalu over. Cukup sekadar dilihat oleh pasangan anda sesuatu yang baru dan menyenangkan hati. Pakailah sedikit mekap untuk penyeri sekiranya anda di rumah kelihatan kusut-masai.

- Berpegangan tangan
Apa yang nak dimalukan untuk berpegangan tangan. Pada waktu ini semua orang akan melihat betapa intimnya anda dengan pasangan.

- Jangan jadi bisu

Pastikan sepanjang bersama pasangan, banyak perkara dibincangkan. Bukanlah perkara yang terlalu berat untuk difikirkan tetapi topik yang menjadikan saat anda bersama itu indah

Tuesday, December 21, 2010

Jangan menghukum...

Kita disini bukan untuk dihukum. Kita di sini untuk dididik. Setiap peristiwa ada potensi mengubah kita, dan bencana mempunyai potensi terbesar untuk mengubah pemikiran kita. BERTINDAKLAH DENGAN ANGGAPAN SETIAP PERISTIWA ADA TUJUAN, MAKA HIDUP ANDA AKAN MEMPUNYAI TUJUAN. Fikirkan mengapa anda memerlukan sesuatu pengalaman itu...ambil tindakan menguasainya, maka anda tidak akan memerlukannya lagi.

Friday, December 17, 2010

Selamat datang...

Selamat datang.. sebenarnya aku dah lama menjadi penulis blog. tapi dipelbagai blog seperti fotopages, wordpress dan lain2.   Kali ini aku nak mencuba di sini. Sekadar berkongsi info dan cerita. Meluahkan kata hati disini lebih baik dan lebih mencetuskan satu kepuasan.